Atasi masalah CD bocor

0 comments
Perkara penting dan sering ditanya adalah tentang kebocoran cloth diaper. Apabila anda mengguna cloth diaper, kebocoran tu merupakan perkara biasa. Ia bukan satu masalah yang tak boleh diatasi. Boleh.. so, jgn risau. :)

Pengalaman saya :
Saya menggunakan cloth diaper untuk Adam sejak Adam berumur 2 bulan setengah. Cloth diaper pertama adalah Coolababy. Sebagaimana yang anda tahu, cuttingnya agak besar. Tiap kali saya pakaikan pd Adam pasti akan bocor di bahagian depan & sekitar paha. Kadang tak sampai 2 jam pun, bocor!! Rasa mcm malas dah nak guna. Tapi saya xmau mengalah. Saya try jenis2 lain pula yg cutting lebih kecil, Rainbow & babyland.  Sama juga. Bocor!!? Penat fikir kat mana salahnya. Mungkin cara pakai. Tapi saya rasa dah kemas. So, member saya bagi cadangan lipat sikit kat hujung insert sebelum masukkan dalam poket. Berkesan pada anaknya, tapi tak berkesan pd Adam. Mulalah saya nak menyalahkan cloth diaper..huhu

Fikir punya fikir.... saya try buat mcm cara 1 di bawah. Berkesan!! Seronoknya. Bersyukur sangat2.. so, sekarang saya dpt atasi masalah cloth diaper bocor dengan cara saya sendiri. Bagi ibu2 diluar sana yg masih mengalami masalah kebocoran, boleh cuba 2 cara di bawah atau anda boleh fikir cara anda sendiri juga.. :) Cloth diaper xbersalah.. kita yg kena lebih bijak & kreatif.
Cara 1 : Letak insert diluar poket.
Cara ini mungkin tidak sesuai dengan baby yg alergi. Anda boleh amalkan jika baby anda tidak ada apa2 masalah alergi & kegatalan.

1. Setkan saiz cloth diaper seperti biasa
2. Jika nak pakai 1 insert saja, terus letak insert atas inner cloth diaper. Tak payah masukkan dlm poket.
3. Jika nak pakai 2 insert, masukkan 1 sahaja insert dalam poket & 1 lg letak terus atas inner.
4. Jika pakai jenis AIO, ambil 1 insert & letak terus atas cloth diaper (bahagian dalam).
5. Selepas langkah 2/3/4, pakaikan cloth diaper tersebut pada anak anda macam biasa.
6. Pastikan ianya kemas. Jangan ada bahagian tepi/hujng insert di luar cloth diaper. Jika ada, tolakkan bahagian yg terkeluar itu ke dlm cloth diaper dengan jari anda.
7. InsyaAllah cloth diaper anda tidak akan bocor lg. Malah tahan lebih lama, 1 insert hingga 4-5 jam & 2 insert hingga 6-7 jam.
Macam nilah gambarannya...

Cara 2 : Lipat sikit kat hujung insert
Jika anak anda masih kecik/bersaiz kecil, anda boleh lipat insert masa nak pakai. Cara ini untuk atasi masalah kebocoran di bahagian depan/belakang.

1. Pastikan dulu bocor kat bahagian mana. Depan/belakang.
2. Lipat sikit insert sebelum masukkan ke dlm poket. Macam ni..











3. Masukkan insert yg dilipat tu ke dlm poket. Masuk betul2, kemaskan dan rata.

Harap 2 cara di atas dapat membantu. Selamat mencuba. :)
-------------------------------------------------------

Apa yang menyebabkan cloth diaper anda bocor? Bagaimana nak elakkan bocor?
  • Tak cukup pre wash. Sila pre wash cloth diaper anda sekurang2nya 3 kali. Perlu diingat, daya serapan insert akan bertambah setiap kali ia dibasuh. So, semakin lama anda guna cloth diaper & basuh, kebocoran akan berkurangan dan hilang sama sekali.
  • Pemakaian tak betul. Setkan saiz cloth diaper yg sesuai dgn anak anda. Biar ia betul2 fit, tidak longgar. Pastikan insert yg dimasukkan berada dlm keadaan baik. Tak berlipat di mana2 terutama kat bahagian tepi. Sebaiknya ratakan insert dengan tangan. Semasa pakai, pastikan kat bahagian paha tu rapat.
  • Pakai terlalu lama. Cloth diaper dengan 1 insert boleh bertahan antara 3 ke 4 jam sahaja. Nak senang, tukar je setiap 3 jam sekali. Bila terlalu lama, cloth diaper tak dapat menampung basahan yg berlebihan. Jadi rajin2lah tukar cloth diaper anak anda.
  • Cara basuh. Pastikan cloth diaper dibasuh sebersih2nya. Jgn sampai ada sisa2 sabun tertinggal. Sisa2 sabuh ini boleh menghalang penyerapan air. Sabun yg digunakan juga mestilah tidak ada peluntur, enzim, pelembut, juga tidak ada unsur minyak, tidak terlalu berbuih.
  • Cutting juga perlu sesuai dgn anak anda. Contoh, cutting coolababy lebih besar berbanding babyland & rainbow BB. Jika anda sedang menggunakan coolababy, anda boleh cuba pula babyland atau rainbow bb. Tentu ada yang sesuai utk anak anda.

Berapa CD nak kena beli?

0 comments
Bagi saya sorang bb cukup dengan 10 pcs dengan syarat tiap2 hari boleh basuh & ianya kering. Tetapi untuk travel eloklah lebih sikit, 15 - 20 pcs. Takut tak sempat basuh.


Panduan..
Tukarlah cloth diaper anak anda setiap kali dia poo poo & apabila telah berat.
Bagi newborn baby pula tukar 2-3 jam sekali.

Jadual Penggunaan Cloth Diaper sebagai panduan anda:
  • 6 - 10 am  : 1 cd with 2 insert (Adam mandi pagi pukul 10)
  • 10 am - 1 pm  : 1 cd with 1 insert
  • 1 - 5 pm  : 1 cd with 2 insert (Adam mandi ptg pukul 5)
  • 5 - 8 pm  : 1 cd with 1 insert
  • 8 - 12 pm  : 1 cd with 2 insert 
  • 12 - 6 pm  : 1 cd with 2 insert (Adam slalunya tido pukul 10, so tukar masa dia tgh tido)
*Ini jadual saya sendiri. Saya gunakan utk Adam


Jumlah: 5-6 helai cloth diaper seharidengan penggunaan selama 3@4jam sekali di siang hari dan 6 jam di waktu malam.

CD utk surirumah dan ibu bekerja

0 comments
Cloth diaper bagi saya sesuai je digunakan oleh ibu bekerja. Cara menguruskannya pun tak banyak beza antara ibu bekerja dgn tidak. Berbeza sikit dekat nak hantar anak ke nursery/penjaga tu ja.


Langkah pertama selepas anda menerima cloth diaper yg dibeli adalah basuh dulu cloth diaper dan insert tu. Dengan sedikit atau tanpa sabun. Kalau basuh mesin, masukan cloth diaper dlm laundry net semasa basuh. Sudah spin, sidai. Dah kering basuh lg sampai 3 kali. Ini adalah langkah untuk menguatkan daya serapan cloth diaper


Bila siap pre wash, baru stat pakaikan pada anak anda. Setkan saiz betul2. S/M/L. Biar fit dengan anak anda. Bagi jenis berpoket, masukan insert. Anda boleh masukan tangan ke dlm poket utk ratakan kedudukan insert. Untuk siang hari cukup guna 1 insert je. Sebelah malam bolehlah gunakan 2 insert supaya tahan sampai pagi. Dah masuk insert, pakaikan pd anak anda sama mcm pakai lampin pakai buang. Tukar cloth diaper anak anda setiap kali dia poo poo atau bila dah berat. Cloth diaper yang kotor tu bolehlah letak dlm baldi dl sebelum basuh.


Jika anda ibu bekerja, sediakan 4 atau 5 cloth diaper utk diberi kepada penjaga /nursery. Setkan saiz dan masukan insert siap2, lepas tu lipat dua. Nanti penjaga ambil terus pakaikan je. Pesan pada penjaga, masa tukar xpayah basuh, just masukan dlm plastik. Kalau anak anda poo poo, minta penjaga buang poo dlm toilet n masukan dlm plastik. Tak payah basuh. Wet bag juga boleh digunakan utk ganti plastik tu.


Bila sampai di rumah, bilas cloth diaper dan insert yg kotor tu, buang kotoran. Masukan dlm laundry net... bg mesin buat kerja.. siap spin, sidai. :) Tak susahkan?.. 
Kalau nak pegi jalan2, bawa plastik/wet bag untuk letak cloth diaper kotor. Jika poo poo guna plastik asing kalau xde toilet nak buang poo tu...


Saya rasa ok je bercd ni. Kena rajin n minat.. :)

Ciri Dan Perbezaan

0 comments

Beza Coolababy, Babyland, Rainbow BB & Sunny Baby Minky
  • Dari segi ciri2 & material sama je. 
  • Beza boleh dilihat dari segi design, cutting & color.
  • Cara untuk guna, basuh dll sama.
Cutting 
Cutting Coolababy & Sunny Baby lebih besar berbanding Rainbow & Babyland


Color
Terdapat sedikit perbezaan pada color. Babyland paling terang & Rainbow BB paling light. Coolababy pula agak gelap.


Ciri-Ciri (sama utk semua jenis yg dijual di sini) : 
  • Design unik dengan 3 barisan snap button untuk menyesuaikan saiz (S,M,L), muat pada bayi 3kg hingga 13kg.
  • Setiap Cloth Diaper didatangkan dengan 2 insert. Insert microfiber ini berfungsi menyerap basahan dari bayi anda. Sehelai boleh bertahan 3-4 jam. 
  • Cover cloth diaper polyester dengan PUL laminate tahan lasak dan mampu mencegah kebocoran.
  • Lapisan dalam diperbuat daripada fabric microfleece lembut berfungsi memastikan punggung bayi berada dlm keadaan kering dan mudah untuk dibersihkan.
Perbezaan Cloth Diaper berpoket & AIO :
  • Cloth Diaper Button/Velcro mempunyai poket untuk membolehkan insert dimasukkan ke dalamnya semasa pemakaian cloth diaper
  • Manakala Cloth Diaper AIO tidak mempunyai poketInsert telah dijahit bersekali dengan diaper. Paling mudah dipakai dan amat sesuai digunakan jika anda ingin menghantar anak anda kepada nursery/babysitter kerana cara pemakaiannya sama mcm disposable diaper.
  • Dari segi basuhan, yang berpoket lebih cepat kering sebab insertnya boleh dikeluarkan dan di keringkan berasingan dengan cover. Cover cloth diaper cepat kering berbanding insert, so boleh dipakai semula dgn insert yg lain.
  • Kalau ditanya tentang kebersihan, mungkin ada yg kurang yakin dgn aio. Tapi ia berantung pada cara kita membasuh. Gunalah air secukupnya untuk membersihkan kotoran. Jika jemur dibawah terik matahari, InsyaAllah kuman2 akan mati. Anda boleh gunakan anti-virus seperti detol dll sebagai alternatif.

Mengapa perlu bertukar kepada CD?

0 comments
Kenapa masih ragu2 dengan CD?? Ia mempunyai lebih banyak kelebihan dari kekurangan!! Masih belum terlambat untuk anda bertukar kepada CD.

  • Mahal? - Perbelanjaan hanya sekali, berapakah perbelanjaan sebulan lampin pakai buang anak anda?? 
  • Elok ke? - Betul... dah ramai ibu2 bijak menggunakannya. Sama seperti menggunakan lampin pakai buang.
  • Malas? - Oppss..ini x boleh tolonglah..hehe 
Mengapa perlu bertukar kepada Cloth Diaper? 
Pernah ke terfikir untuk membasuh Disposable Diaper anak anda untuk berjimat? Atau letih bertukar jenama lampin pakai buang kerana anak anda terkena ruam lampin? Berapa banyakkah perbelanjaan untuk lampin pakai buang anak anda yang dikeluarkan setiap bulan?Kalau seorang anak mungkin masih boleh tahan.. tapi bagaimana kalau 2 atau 3 orang yang masih memakai lampin pakai buang?? 

Bayangkan jika perbelanjaan tersebut dapat dikurangkan atau di hapuskan sama sekali. Perbelanjaan hanya sekali. Malah boleh digunakan untuk anak2 anda seterusnya.





Kos Lampin Pakai Buang :
RM0.50 x 5 keping sehari x 365 hari setahun x 3 tahun = RM2737.50

Kos CD :
RM30 x 10 keping  = RM300 untuk 3 tahun

Mengapa hendak dibazirkan duit anda setiap hari? Bukan senang nak cari duit melainkan duit itu turun dari langit! Tak pelu bimbang untuk membasuh... sama macam membasuh pakaian lain... cuma untuk lebih tahan lama, hanya perlu masukkan ke dalam laundry bag aje (Net). Setiap insert boleh tahan selama 3 - 4 jam... lepas tu boleh diganti dengan insert yang lain tetapi masih menggunakan diaper cover yang sama. Tahan lagi 3 - 4 jam..
Sama2lah kita fikirkan, bukan sekadar berjimat, malah dapat menyelamatkan alam sekitar untuk anak cucu kita kemudian hari. Hapuskan penggunaan lampin pakai buang yang mengambil masa 500 tahun untuk terurai! 

Save our Earth...

Pengenalan CD

0 comments
Apa itu cloth diaper?
Dalam bahasa mudahnya, cloth diaper adalah lampin kain moden. Ia dikatakan moden kerana telah diupgrade sehingga mampu berfungsi seakan-akan lampin pakai buang dan yang paling penting sekali boleh dibasuh dan dipakai semula!

Kelebihannya?
Penjimatan untuk jangka panjang, membantu dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar, kesihatan bayi lebih terjamin kerana tidak terdedah kepada bahan kimia yang terkandung dalam lampin pakai buang dan bayi anda kelihatan cute bila dipakaikan dgn CD kerana terdapat pelbagai pilihan dalam pelbagai corak dan warna.

Senang tak dipakai?
Senang sahaja. Untuk jenis ada poket seperti button & velcro, rujuk gambarajah ini :


Untuk CD jenis AIO pula skip Step 3. Sebab insert dah dijahit sekali dalam diapers ini. So, lagi senanglah nak pakai.

Macam mana nak basuh?
Senang aje nak dibasuh. Caranya sama je dengan kita basuh baju kita hari-hari cuma jangan gunakan pencuci yang ada bahan peluntur, softener dan enzim sebab akan cepat merosakkan diaper dan menyebabkan sensitif pada kulit bayi. Sabun yang biasa digunakan Pureen HAD kerana lembut pada kulit bayi. Selepas dibasuh, biarkan ia sejuk dahulu sebelum masukkan insert untuk elakkan elastik daripada terputus. Jika cucian tangan, berus tidak digalakkan.
Yang paling penting, bagi yang baru mula nak guna CD, sila pre wash CD sekurang-kurangnya 3 kali agar daya serapan bertambah baik & dapat mengelakkan dari berlaku kebocoran.

Tip Membeli CD

0 comments
Banyak juga brand cloth diaper dipasaran sekarang. Ada murah, ada yg mahal. Ada plain, ada bercorak. Ada snap button, velcro, aio. Berpoket & tidak berpoket. Mcm2.. Bagi ibu yang baru nak mengenali cd, tentu confius jugak. Jadi saya nak bg tips sikit, mcm mana nak beli cd ni. Tapi saya ni tak expert sgt, bolehlah sekadar berkongsi pengalaman...


1. Jangan beli banyak terus. Satu jenis cloth diaper tu belilah 2 atau 3 pcs dulu. Cuba dulu. Bila rasa sesuai dgn dengan bb anda, boleh beli tambah. Sesuai mcm mana? Bila pakai tu bb anda selesa, tak terlalu longgar/ketat, tak ada gatal2, kurang bocor & anda pun selesa nak guna. Biasakan diri dulu dgn cara pakai, cara basuh dan urusan lain dlm penjagaan cd. 


2. Pastikan saiz cloth diaper sesuai dgn anak anda. W/pun cloth diaper ni kebanyakannya one size tapi kena tgk jugak, one size S-L ke S-XL ke XS-XL ke.. kalau anak anda XL, jgn beli yg S-L tu.. nanti rugi plk, beli tapi xmuat. Selain tu cutting cd juga berbeza. Walaupun secara standardnya dinyatakan sesuai utk newborn-3 thn(3-13kg).


3. Nak beli yang mahal ke murah. Bila sebut mahal tu tentu kita gambar ianya berkualiti, cantik, tahan lama, material bagus dll. ia mungkin betul. Tapi tak semestinya yang mahal tu sesuai dgn anak anda. Tak semestinya yang mahal tu xbocor. Mungkin dr segi design, coraknya nampak lebih menarik. Belilah ikut keselesaan anda. Dalam kes cloth diaper ni, yang murah juga tidak kurang hebatnya. Fungsi adalah sama untuk menggantikan DD.


4. Nak full bercd? Berapa pcs cloth diaper untuk sorang bb? Saya juga ibu yg bercd. Bagi saya sorang bb cukup dengan 10 pcs dengan syarat tiap2 hari boleh basuh & kering. Tetapi untuk travel eloklah lebih sikit, 15 - 20 pcs. Takut tak sempat basuh.





Tip Penting!! 
Cadangan jenis cloth diaper mengikut umur anak anda :
newborn - 1 1/2 thn @ 11 kg : Rainbow BB & Babyland
newborn - 13 kg : Coolababy & Sunny Baby Minky

Tip Penjagaan CD

0 comments
Jagalah cloth diaper anda supaya tahan lebih lama...


1. Jangan bilas cloth diaper menggunakan pelembut. ini boleh membuatkan ia kurang daya serapan.
2. Tidak boleh diseterika.
3. Apabila cloth diaper terkena najis, bilas dalam mangkuk tandas. Keluarkan insert, kemudian cuci.
4. Untuk tahan lebih lama, masukkan ke dalam laundry net sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh.
5. Sekiranya ada kotoran degil pada insert, boleh cuba hilangkan menggunakan asam limau atau cuka. Jangan guna Clorox atau peluntur. 
6. Selepas beberapa bulan guna cloth diaper dan rasa ia kurang menyerap, anda perlu lakukan strip diaper untuk menghilangkan sebarang lapisan kalis air yg terbentuk dari mendapan sabun pencuci yg kita guna.

Cara Menstripe cloth diaper

1. Masukkan 1/2 cawan cuka makan ke dalam 1/2 baldi air
2. Rendamkan insert dan cloth diaper selama 10-15 minit
3. Bilas dan keringkan. Anda akan dapati cloth diaper dan insert lebih ringan

Sekiranya anda PERNAH guna Pelembut..

1. Gunakan sabun pencuci pinggan yang terkenal dengan kuasa penghapusan minyak (contohnya sunlight)
2. Basahkan cloth diaper atau insert yang mengalami kalis air
3. Ambil sedikit cecair pinggang mangkuk tersebut dan gosokkan terus ke cloth diaper atau insert yg tidak menyerap air tadi. Tidak perlu dicairkan.
4. Gosok sehingga rata
5. Bilas dan keringkan
6. Ulangi sehingga anda rasa lampin atau insert dapat menyerap


Hilangkan kesan kuning pada cloth diaper

Ada beberapa cara yang boleh dicuba:
1. Gunakan sabun pencuci pinggan jenis cecair seperti sunlight atau glow. 
2. Sabun tu tak perlu campur air, terus letak pada tempat kuning & gosok.
3. Bilas hingga bersih.
4. Satu lg cara, jemur dibawah terik matahari. InsyaAllah, kesan kuning akan hilang.
 

AdamLittleShop Copyright © 2010 Designed by minisite4blogger.blogspot.com