CD utk surirumah dan ibu bekerja

Cloth diaper bagi saya sesuai je digunakan oleh ibu bekerja. Cara menguruskannya pun tak banyak beza antara ibu bekerja dgn tidak. Berbeza sikit dekat nak hantar anak ke nursery/penjaga tu ja.


Langkah pertama selepas anda menerima cloth diaper yg dibeli adalah basuh dulu cloth diaper dan insert tu. Dengan sedikit atau tanpa sabun. Kalau basuh mesin, masukan cloth diaper dlm laundry net semasa basuh. Sudah spin, sidai. Dah kering basuh lg sampai 3 kali. Ini adalah langkah untuk menguatkan daya serapan cloth diaper


Bila siap pre wash, baru stat pakaikan pada anak anda. Setkan saiz betul2. S/M/L. Biar fit dengan anak anda. Bagi jenis berpoket, masukan insert. Anda boleh masukan tangan ke dlm poket utk ratakan kedudukan insert. Untuk siang hari cukup guna 1 insert je. Sebelah malam bolehlah gunakan 2 insert supaya tahan sampai pagi. Dah masuk insert, pakaikan pd anak anda sama mcm pakai lampin pakai buang. Tukar cloth diaper anak anda setiap kali dia poo poo atau bila dah berat. Cloth diaper yang kotor tu bolehlah letak dlm baldi dl sebelum basuh.


Jika anda ibu bekerja, sediakan 4 atau 5 cloth diaper utk diberi kepada penjaga /nursery. Setkan saiz dan masukan insert siap2, lepas tu lipat dua. Nanti penjaga ambil terus pakaikan je. Pesan pada penjaga, masa tukar xpayah basuh, just masukan dlm plastik. Kalau anak anda poo poo, minta penjaga buang poo dlm toilet n masukan dlm plastik. Tak payah basuh. Wet bag juga boleh digunakan utk ganti plastik tu.


Bila sampai di rumah, bilas cloth diaper dan insert yg kotor tu, buang kotoran. Masukan dlm laundry net... bg mesin buat kerja.. siap spin, sidai. :) Tak susahkan?.. 
Kalau nak pegi jalan2, bawa plastik/wet bag untuk letak cloth diaper kotor. Jika poo poo guna plastik asing kalau xde toilet nak buang poo tu...


Saya rasa ok je bercd ni. Kena rajin n minat.. :)

0 comments:

Post a Comment

 

AdamLittleShop Copyright © 2010 Designed by minisite4blogger.blogspot.com