Tip Penjagaan CD

Jagalah cloth diaper anda supaya tahan lebih lama...


1. Jangan bilas cloth diaper menggunakan pelembut. ini boleh membuatkan ia kurang daya serapan.
2. Tidak boleh diseterika.
3. Apabila cloth diaper terkena najis, bilas dalam mangkuk tandas. Keluarkan insert, kemudian cuci.
4. Untuk tahan lebih lama, masukkan ke dalam laundry net sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh.
5. Sekiranya ada kotoran degil pada insert, boleh cuba hilangkan menggunakan asam limau atau cuka. Jangan guna Clorox atau peluntur. 
6. Selepas beberapa bulan guna cloth diaper dan rasa ia kurang menyerap, anda perlu lakukan strip diaper untuk menghilangkan sebarang lapisan kalis air yg terbentuk dari mendapan sabun pencuci yg kita guna.

Cara Menstripe cloth diaper

1. Masukkan 1/2 cawan cuka makan ke dalam 1/2 baldi air
2. Rendamkan insert dan cloth diaper selama 10-15 minit
3. Bilas dan keringkan. Anda akan dapati cloth diaper dan insert lebih ringan

Sekiranya anda PERNAH guna Pelembut..

1. Gunakan sabun pencuci pinggan yang terkenal dengan kuasa penghapusan minyak (contohnya sunlight)
2. Basahkan cloth diaper atau insert yang mengalami kalis air
3. Ambil sedikit cecair pinggang mangkuk tersebut dan gosokkan terus ke cloth diaper atau insert yg tidak menyerap air tadi. Tidak perlu dicairkan.
4. Gosok sehingga rata
5. Bilas dan keringkan
6. Ulangi sehingga anda rasa lampin atau insert dapat menyerap


Hilangkan kesan kuning pada cloth diaper

Ada beberapa cara yang boleh dicuba:
1. Gunakan sabun pencuci pinggan jenis cecair seperti sunlight atau glow. 
2. Sabun tu tak perlu campur air, terus letak pada tempat kuning & gosok.
3. Bilas hingga bersih.
4. Satu lg cara, jemur dibawah terik matahari. InsyaAllah, kesan kuning akan hilang.

0 comments:

Post a Comment

 

AdamLittleShop Copyright © 2010 Designed by minisite4blogger.blogspot.com