Pengenalan CD

Apa itu cloth diaper?
Dalam bahasa mudahnya, cloth diaper adalah lampin kain moden. Ia dikatakan moden kerana telah diupgrade sehingga mampu berfungsi seakan-akan lampin pakai buang dan yang paling penting sekali boleh dibasuh dan dipakai semula!

Kelebihannya?
Penjimatan untuk jangka panjang, membantu dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar, kesihatan bayi lebih terjamin kerana tidak terdedah kepada bahan kimia yang terkandung dalam lampin pakai buang dan bayi anda kelihatan cute bila dipakaikan dgn CD kerana terdapat pelbagai pilihan dalam pelbagai corak dan warna.

Senang tak dipakai?
Senang sahaja. Untuk jenis ada poket seperti button & velcro, rujuk gambarajah ini :


Untuk CD jenis AIO pula skip Step 3. Sebab insert dah dijahit sekali dalam diapers ini. So, lagi senanglah nak pakai.

Macam mana nak basuh?
Senang aje nak dibasuh. Caranya sama je dengan kita basuh baju kita hari-hari cuma jangan gunakan pencuci yang ada bahan peluntur, softener dan enzim sebab akan cepat merosakkan diaper dan menyebabkan sensitif pada kulit bayi. Sabun yang biasa digunakan Pureen HAD kerana lembut pada kulit bayi. Selepas dibasuh, biarkan ia sejuk dahulu sebelum masukkan insert untuk elakkan elastik daripada terputus. Jika cucian tangan, berus tidak digalakkan.
Yang paling penting, bagi yang baru mula nak guna CD, sila pre wash CD sekurang-kurangnya 3 kali agar daya serapan bertambah baik & dapat mengelakkan dari berlaku kebocoran.

0 comments:

Post a Comment

 

AdamLittleShop Copyright © 2010 Designed by minisite4blogger.blogspot.com