Promosi & Produk Baru? Submit email anda di sini..

Tip Membeli CD

Banyak juga brand cloth diaper dipasaran sekarang. Ada murah, ada yg mahal. Ada plain, ada bercorak. Ada snap button, velcro, aio. Berpoket & tidak berpoket. Mcm2.. Bagi ibu yang baru nak mengenali cd, tentu confius jugak. Jadi saya nak bg tips sikit, mcm mana nak beli cd ni. Tapi saya ni tak expert sgt, bolehlah sekadar berkongsi pengalaman...


1. Jangan beli banyak terus. Satu jenis cloth diaper tu belilah 2 atau 3 pcs dulu. Cuba dulu. Bila rasa sesuai dgn dengan bb anda, boleh beli tambah. Sesuai mcm mana? Bila pakai tu bb anda selesa, tak terlalu longgar/ketat, tak ada gatal2, kurang bocor & anda pun selesa nak guna. Biasakan diri dulu dgn cara pakai, cara basuh dan urusan lain dlm penjagaan cd. 


2. Pastikan saiz cloth diaper sesuai dgn anak anda. W/pun cloth diaper ni kebanyakannya one size tapi kena tgk jugak, one size S-L ke S-XL ke XS-XL ke.. kalau anak anda XL, jgn beli yg S-L tu.. nanti rugi plk, beli tapi xmuat. Selain tu cutting cd juga berbeza. Walaupun secara standardnya dinyatakan sesuai utk newborn-3 thn(3-13kg).


3. Nak beli yang mahal ke murah. Bila sebut mahal tu tentu kita gambar ianya berkualiti, cantik, tahan lama, material bagus dll. ia mungkin betul. Tapi tak semestinya yang mahal tu sesuai dgn anak anda. Tak semestinya yang mahal tu xbocor. Mungkin dr segi design, coraknya nampak lebih menarik. Belilah ikut keselesaan anda. Dalam kes cloth diaper ni, yang murah juga tidak kurang hebatnya. Fungsi adalah sama untuk menggantikan DD.


4. Nak full bercd? Berapa pcs cloth diaper untuk sorang bb? Saya juga ibu yg bercd. Bagi saya sorang bb cukup dengan 10 pcs dengan syarat tiap2 hari boleh basuh & kering. Tetapi untuk travel eloklah lebih sikit, 15 - 20 pcs. Takut tak sempat basuh.





Tip Penting!! 
Cadangan jenis cloth diaper mengikut umur anak anda :
newborn - 1 1/2 thn @ 11 kg : Rainbow BB & Babyland
newborn - 13 kg : Coolababy & Sunny Baby Minky

0 comments:

Post a Comment

 

AdamLittleShop Copyright © 2010 Designed by minisite4blogger.blogspot.com