Atasi masalah CD bocor

Perkara penting dan sering ditanya adalah tentang kebocoran cloth diaper. Apabila anda mengguna cloth diaper, kebocoran tu merupakan perkara biasa. Ia bukan satu masalah yang tak boleh diatasi. Boleh.. so, jgn risau. :)

Pengalaman saya :
Saya menggunakan cloth diaper untuk Adam sejak Adam berumur 2 bulan setengah. Cloth diaper pertama adalah Coolababy. Sebagaimana yang anda tahu, cuttingnya agak besar. Tiap kali saya pakaikan pd Adam pasti akan bocor di bahagian depan & sekitar paha. Kadang tak sampai 2 jam pun, bocor!! Rasa mcm malas dah nak guna. Tapi saya xmau mengalah. Saya try jenis2 lain pula yg cutting lebih kecil, Rainbow & babyland.  Sama juga. Bocor!!? Penat fikir kat mana salahnya. Mungkin cara pakai. Tapi saya rasa dah kemas. So, member saya bagi cadangan lipat sikit kat hujung insert sebelum masukkan dalam poket. Berkesan pada anaknya, tapi tak berkesan pd Adam. Mulalah saya nak menyalahkan cloth diaper..huhu

Fikir punya fikir.... saya try buat mcm cara 1 di bawah. Berkesan!! Seronoknya. Bersyukur sangat2.. so, sekarang saya dpt atasi masalah cloth diaper bocor dengan cara saya sendiri. Bagi ibu2 diluar sana yg masih mengalami masalah kebocoran, boleh cuba 2 cara di bawah atau anda boleh fikir cara anda sendiri juga.. :) Cloth diaper xbersalah.. kita yg kena lebih bijak & kreatif.
Cara 1 : Letak insert diluar poket.
Cara ini mungkin tidak sesuai dengan baby yg alergi. Anda boleh amalkan jika baby anda tidak ada apa2 masalah alergi & kegatalan.

1. Setkan saiz cloth diaper seperti biasa
2. Jika nak pakai 1 insert saja, terus letak insert atas inner cloth diaper. Tak payah masukkan dlm poket.
3. Jika nak pakai 2 insert, masukkan 1 sahaja insert dalam poket & 1 lg letak terus atas inner.
4. Jika pakai jenis AIO, ambil 1 insert & letak terus atas cloth diaper (bahagian dalam).
5. Selepas langkah 2/3/4, pakaikan cloth diaper tersebut pada anak anda macam biasa.
6. Pastikan ianya kemas. Jangan ada bahagian tepi/hujng insert di luar cloth diaper. Jika ada, tolakkan bahagian yg terkeluar itu ke dlm cloth diaper dengan jari anda.
7. InsyaAllah cloth diaper anda tidak akan bocor lg. Malah tahan lebih lama, 1 insert hingga 4-5 jam & 2 insert hingga 6-7 jam.
Macam nilah gambarannya...

Cara 2 : Lipat sikit kat hujung insert
Jika anak anda masih kecik/bersaiz kecil, anda boleh lipat insert masa nak pakai. Cara ini untuk atasi masalah kebocoran di bahagian depan/belakang.

1. Pastikan dulu bocor kat bahagian mana. Depan/belakang.
2. Lipat sikit insert sebelum masukkan ke dlm poket. Macam ni..











3. Masukkan insert yg dilipat tu ke dlm poket. Masuk betul2, kemaskan dan rata.

Harap 2 cara di atas dapat membantu. Selamat mencuba. :)
-------------------------------------------------------

Apa yang menyebabkan cloth diaper anda bocor? Bagaimana nak elakkan bocor?
  • Tak cukup pre wash. Sila pre wash cloth diaper anda sekurang2nya 3 kali. Perlu diingat, daya serapan insert akan bertambah setiap kali ia dibasuh. So, semakin lama anda guna cloth diaper & basuh, kebocoran akan berkurangan dan hilang sama sekali.
  • Pemakaian tak betul. Setkan saiz cloth diaper yg sesuai dgn anak anda. Biar ia betul2 fit, tidak longgar. Pastikan insert yg dimasukkan berada dlm keadaan baik. Tak berlipat di mana2 terutama kat bahagian tepi. Sebaiknya ratakan insert dengan tangan. Semasa pakai, pastikan kat bahagian paha tu rapat.
  • Pakai terlalu lama. Cloth diaper dengan 1 insert boleh bertahan antara 3 ke 4 jam sahaja. Nak senang, tukar je setiap 3 jam sekali. Bila terlalu lama, cloth diaper tak dapat menampung basahan yg berlebihan. Jadi rajin2lah tukar cloth diaper anak anda.
  • Cara basuh. Pastikan cloth diaper dibasuh sebersih2nya. Jgn sampai ada sisa2 sabun tertinggal. Sisa2 sabuh ini boleh menghalang penyerapan air. Sabun yg digunakan juga mestilah tidak ada peluntur, enzim, pelembut, juga tidak ada unsur minyak, tidak terlalu berbuih.
  • Cutting juga perlu sesuai dgn anak anda. Contoh, cutting coolababy lebih besar berbanding babyland & rainbow BB. Jika anda sedang menggunakan coolababy, anda boleh cuba pula babyland atau rainbow bb. Tentu ada yang sesuai utk anak anda.

0 comments:

Post a Comment

 

AdamLittleShop Copyright © 2010 Designed by minisite4blogger.blogspot.com